Friday 25 February 2011



SURAU AL- IKHSAN
PENGHUBUNG MASYARAKAT

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA MALAYSIA
KAMPUS ARAU, PERLIS INDERA KAYANGAN

TAJUK KAJIAN
SURAU AL-IKHSAN
PENGHUBUNG MASYARAKAT

DISEDIAKAN UNTUK
USTAZ ABDUL AZIZ BIN HARJIN
CTU 151

DISEDIAKAN OLEH
IKHWANUL HAKIM BIN ABU BAKAR
2010646928
ASD2Fn
 DIPLOMA SAINS AS 120

TARIKH HANTAR
28 FEBUARY 2011



KANDUNGAN

  • ·         ABSTRAK
  • ·         PENGHARGAAN
  • ·         PENDAHULUAN
  • ·         DEFINISI SURAU
  • ·         VISI, MOTO DAN MISI
  • ·         SEJARAH SURAU
  • ·         REKA BENTUK DAN CIRI CIRI
  • ·         AKTIVITI SEMASA SURAU
  • ·         MASALAH DAN PENYELESAIAN
  • ·         PENUTUP





ABSTRAK

Tujuan utama penulisan ini ditulis ialah menceritakan kisah-kisah dan sejarah di sebalik pembinaan Surau Al Ikhsan. Melalui kajian ini dapat dilihat keakraban dan semangat kerjasama diantara jemaah dan para penduduk di dalam melaksanakan sesuatu program di dalam ataupun luar surau. Secara lebih terperinci, kajian ini adalah untuk menunjukkan fungsi surau pada ketika ini dimana tahap penggunaannya tidak terbatas seperti tempat beribadah, tempat menuntut ilmu, dan juga tempat berkongsi pendapat oleh para jemaah. Kajian ini telah dijalankan selama 1 minggu bagi mendapatkan info-info penting dan sejarah pembinaan surau ini. Surau ini telah menjadi salah satu surau yang terkenal kerana sering melakukan aktiviti-aktiviti bagi merapatkan hubungan silaturrahim sesama jemaah Islam yang hadir. Selain itu juga, dengan penambahan aktiviti-aktiviti di dalam surau ini diharap dapat menarik minat jemaah yang lain supaya datang dan beramai-ramai memeriahkan masjid dengan aktiviti-aktiviti keagamaan seperti ceramah, kuliah subuh, kelas tajwid dan lain-lain lagi.



PENGHARGAAN

Sebagai seorang muslim dan hamba Allah S.W.T tidak akan saya lupa untuk mengucapkan syukur di atas petunjuk yang diberi semasa saya menjalankan projek ini. Pelbagai cabaran dan dugaan telah saya tempuhi semasa membuat kajian tentang Surau Al-Ikhsan ini. Namun, ramai lagi yang saya ingin berterima kasih kerana membantu saya dalam menyiapkan kajian saya ini.
Antaranya ialah pensyarah CTU 151 saya iaitu Ustaz Abdul Aziz Bin Harjin kerana telah telah memberi banyak info dan maklumat tentang cara-cara membuat kajian ini dengan cermat dan kemas.
Selain itu, ucapan jutaan terima kasih juga ingin saya sampaikan kepada warga Surau Al-Ikhsan kerana telah memberi peluang kepada saya untuk bertemu ramah dan mengkaji keseluruhan kawasan surau ini. Tidak lupa juga kepada penduduk kawasan 4/3 E  kerana telah memenuhkan Surau Al Ikhsan dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah ketika saya membuat kajian di sana. Ucapan terima kasih yang terakhir sekali ingin saya sampaikan juga kepada keluarga saya kerana telah memberi galakan dan sokongan yang penuh kepada saya untuk menyiapkan projek kajian saya ini.




PENDAHULUAN

Syukur ke hadrat Ilahi kerana telah di beri peluang untuk membuat suatu kajian tentang salah satu rumah Allah S.W.T di muka bumi ini. Tujuan saya memilih tajuk ‘Surau Al-Ikhsan Penghubung Masyarakat’ adalah kerana untuk memperkenalkan kepada seluruh umat Islam lain di dunia betapa banyaknya fungsi surau ataupun masjid di muka bumi ini.
              Di dalam penulisan saya ini juga terkandung ciri-ciri, bentuk rekaan, sejarah surau dan lain-lain lagi. Ini adalah untuk menunjukkan kepada umum bahawa surau bukan sahaja berfungsi sebagai tempat beribadah semata-mata.
              Oleh itu, saya Ikhwanul Hakim Bin Abu Bakar pengarang penulisan ini mengaharap para pembaca akan membuka mata dan melihat sendiri betapa indahnya dan teguhnya hubungan masyarakat di sekitar Surau Al-Ikhsan ini. Saya juga berharap sesiapa yang datang ke sini ringan-ringankanlah kaki masing-masing untuk singgah ke sini sambil melihat suasana sebenar Surau Al Ikhsan ini.






DEFINISI SURAU
Surau adalah tempat beribadat yang khusus seperti solat dan i'tikaf bagi orang Islam, dan juga menjadi pusat kebudayaan, muamalat(perhubungan) serta perkembangan dakwah Islamiah. Surau adalah pusat aktiviti umat Islam setempat. Surau tidak mempunyai rupa bentuk yang tetap, malah boleh jadi sekadar bilik, tetapi ia bergantung kepada budaya masyarakat Islam setempat.
Terdapat beberapa pertikaian mengenai definasi Surau. Ada mereka yang mengistilahkan semua tempat bersolat sebagai masjid, atau ada pula menyebutnya sebagai musollah (ejaan Inggeris). Bagaimanapun, takrifan yang biasanya diterima pakai adalah masjid mempunyai merupakan tempat khas untuk bersolat dan telah digunakan untuk solat Jumaat melebihi 3 kali. Sementara surau pula adalah tempat sembahyang yang digunakan kurang 40 orang dan tidak diadakan solat Jumaat di situ. Musollah pula bererti tempat bersolat.





RASIONAL DAN MATLAMAT
Penggunaan surau di seluruh dunia pada zaman sekarang sungguh tidak terbatas. Jika dahulunya surau digunakan sebagai tempat beribadah dan beri’tikaf, kini surau juga digunakan sebagai tempat memperoleh ilmu, bersua muka dan berkongsi ilmu. Surau kini juga bukan hanya terdapat satu di sesuatu kawasan malah ada juga makhluk Allah yang beriman telah menambahkannya lebih daripada 1 yang tersedia ada. Antaranya surau di sekolah, di perpustakaan malah terdapat juga di sebelah kawasan membeli-belah.
Matlamat pembinaan surau di kawasan sekitar 4/3E, Bandar Baru Bangi ini adalah disebabkan penambahan bilangan penduduk. Sebelum ini kebanyakan daripada penduduk di sini hanya solat di surau yang terdapat 2 kilometer dari kawasan surau Al Ikhsan. Disebabkan masalah ini, pengerusi Persatuan Penduduk 4/3E telah mancadangkan pembinaan suarau ini supaya dapat memudahkan para umat Islam di sekitar untuk bergerak ke surau tanpa rasa penat.
Setelah sekian lama beroperasi, Surau Al Ikhsan kini telah bertambah maju dari segi kemudahan dan alatan. Setelah menerima pelbagai cadangan dari pelbagai pihak, kini surau Al-Ikhsan tampak lebih kemas dan teratur jika dibandingkan dengan sebelumnya.





VISI, MOTO DAN MISI
Moto Surau
 Keteguhan ketauhidan asas kejayaan

Visi
Kearah kejayaan mengimarahkan surau Al Ikhsan sebagai satu tempat aktiviti keilmuan islam yang terancang menjelang 2015.

Misi
1.       Menjadikan surau sebagai salah satu tempat yang penuh dengn aktiviti keilmuan.
2.       Mengimarahkan surau dengan program-program keagamaan.
3.       Melahirkan generasi yang boleh mengimarahkan surau.
4.       Mewujudkan kesedaran di dalam diri para jemaah




ORGANISASI SURAU
Pengerusi
YM Raja Zainalabidin bin Raja Yahaya
 Timbalan Pengerusi
En.Mohd.Yusoff bin Abdullah
 Setiausaha
Pn.Nik Ruslina bt.Nik Abdullah
 Bendahari
En. Saiful Bin Zabidi
 Ahli Jawatankuasa
 En.Jerry Maslan b.Mohamed Mokhtar
En.Ahmad Shauqi b.Abdul Rahman
Pn.Nurussobah bt.Hamzah
Pn.Aslinda bt.Saari
Bidang Tugas 
1.       Memastikan setiap jawatankuasa kecil bergerak mengikut keperluan
2.       Memastikan setiap peraturan dipatuhi oleh pengguna surau.
3.       Memastikan setiap aktiviti penggunaan surau berterusan dan terkawal.

 Jawatankuasa Kecil Penghayatan Surau
 Pengerusi
 Pn.Azlily bt.Abdullah
 Setiausaha
Pn.Norshahani bt.Mohamad
 Ahli jawatankuasa
En.Ahmad Shauqi b.Abdul Rahman
En.Zulkifle b.Hj.Mohamad
Pn.Nurussobah bt.Hamzah
Pn.Aslinda bt.Saari

 Bidang Tugas
 1.       Menyediakan program penghayatan surau sepanjang tahun
2.       Mengemaskini rekod penghayatan surau
3.       Memastikan setiap program yang dijalankan bersesuaian dengan kegunaan surau
4.       Memastikan latihan amali berjalan dengan baik dan terkawal
5.       Memastikan program khemah ibadah berjalan lancer


Jawatankuasa Kecil Peralatan
 Pengerusi 
En. Jerry Maslan b.Mohamed Mokhtar
 Ahli Jawatankuasa
En.Zulkifle b.Hj.Mohamad
En.Ahmad Shauqi b.Abdul Rahman
Pn.Nurussobah bt.Hamzah
Pn.Nik Ruslina bt.Nik Abdullah
Pn.Azlily bt.Abdullah
Pn.Norshahani bt.Mohamad
Pn.Aslinda bt.Saari

 Bidang Tugas
 1.       Memastikan setiap alatan surau lengkap mengikut keadaan
2.       Mengemaskini rekod peralatan
3.       Mengemaskini buku-buku teks
4.       Memastikan tempat wuduk sentiasa dalam keadaan bersih dan selesa
5.       Memastikan sejadah,telekung dan langsir dalam keadaan bersih dan kemas.
 

Jawatankuasa Kebersihan dan Keceriaan
 Penasihat
Pn.Nik Ruslina bt.Nik Abdullah
 Pen.Penasihat
Pn.Norshahani bt.Mohamad




SEJARAH SURAU AL IKHSAN
Pada awalnya, rancangan untuk membina  Surau Al Ikhsan telah dirancang oleh Pengerusi Penduduk Paspuri 4/3E, iaitu Encik Ahmad Zakaria bin Ahmad Yunus. Perancangan untuk pecah tanah untuk projek Surau Al Ikhsan ini telah ditangguh beberapa kali disebabkan kekurangan dana  kewangan yang cukup. Bagi mempercepatkan proses awal pembinaan Surau Al Ikhsan ini, Pengerusi Paspuri iaitu Encik Zakaria telah memohon bantuan kewangan dari masjid dan surau berdekatan. Akhirnya pinjaman dapat dibuat dan hasilnya tapak Surau Al Ikhsan telah dirasmikan dengan sempurnanya oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Baru Bangi pada ketika itu. Proses pembinaan surau ini telah mengambil masa yang agak pantas jika dibandingkan dengan surau-surau lain. Ini disebabkan penambahan bilangan penduduk terutamanya penduduk lelaki di kawasan 4/3E dan sungutan dari pelbagai pihak.
Pada 19 Febuari 2005, Menteri Besar Selangor iaitu Dr. Seri Mohd Khir Toyo telah secara sempurnanya merasmikan  pembukaan Surau Al Ikhsan. Ini diselangi dengan doa selamat supaya keselamatan dan struktur masjid terjaga dengan rapi. InsyaAllah…..




REKA BENTUK DAN CIRI CIRI
            Reka bentuk di antara surau dan masjid  tidak mempunyai banyak perbezaan dari segi rekaan dalaman dan luaran cuma yang kelihatan ketara ialah saiz bangunan sahaja. Seperti tempat-tempat yang lain, surau mempunyai  ruangan solat bagi jemaah lelaki dan perempuan. Bagi sesetengah surau seperti di kampung pedalaman tidak mempunyai ruangan solat bagi jemaah perempuan. Selain itu, tempat mengambil wudhu' adalah salah satu yang reka bentuk yang seharusnya ada pada setiap surau. Ini bagi memudahkan para jemaah mudah mengambil wudhu’ tanpa ulang alik dari tempat lain. Selain itu juga, tandas lelaki & wanita tidak ketinggalan di dalam pembinaan surau ini. Tambahan lagi, ruang kosong beratap disediakan bagi memudahkan para jemaah untuk berehat dan melakukan aktiviti yang lain seperti mengaji, mengadakan kelas tajwid, dan lain-lain lagi. Sistem PA juga jarang digunakan oleh surau-surau di Malaysia tetapi di masjid sudah dilaksanakan sistem ini dengan berkesan. Sistem pencahayaan juga tidak ketinggalan dalam pembinaan sesuatu surau kerana dapat memberi cahaya yang cukup dan dapat memudahkan jemaah untuk menunaikan ibadah dengan selesa tanpa sebarang masalah.
Ramai orang berpendapat peranan masjid dan surau adalah sama kerana fungsinya sebagai tempat beribadah. Namun begitu, di masjid dapat dibolehkan solat Fardhu Jumaat tetapi di surau tidak. Di masjid juga kita boleh beriktikaf tetapi di surau pahala iktikaf tidak akan diperoleh. Biasanya reka bentuk masjid adalah lebih lawa dan indah serta penggunaan batu konkrit yang kuat dengan teknologi baru jika dibandingkan dengan reka bentuk surau iaitu rekaannya diibaratkan seperti lama dan struktur binaannya pula tidak utuh. Kebanyakan orang arab memanggil masjid sebagai ‘jame’ manakala surau pula dipanggil ‘musolla’. 
Kita sebagai umat Islam akhir zaman sepatutnya boleh mengikut contoh masjid pada zaman nabi dan zaman pemerintah khalifah-khalifah islam di mana Masjid menjadi pusat pentadbiran Negara. Madrasah itu ialah ibarat sekolah. Asal perkataan madrasah ialah "darasa" ertinya belajar, manakala "madrasah" pula ertinya tempat belajar. Jadi kiranya masjid dan surau ini boleh dijadikan tempat belajar dan menuntut ilmu.





REKA BENTUK SURAU AL IKHSAN
Surau Al Ikhsan tidak mempunyai banyak beza dari segi bentuk dan rupa yang istimewa seperti sesetengah surau yang lain. Kebanyakan daripada bentuk dalaman yang terdapat di dalam surau Al Ikhsan tidak ubah seperti surau-surau di sekitar Malaysia. Pertama sekali, mimbar surau ini hanya dikeluarkan daripada bilik bacaan sewaktu khutbah Raya Haji dan Raya Puasa. Ini disebabkan ketiadaan ruang yang cukup bagi meletakkan mimbar ini di dalam surau Al Ikhsan ini. Selain itu, ruang solat juga adalah salah satu ruang yang penting di dalam surau ini. Peningkatan dari segi bilangan jemaah di sini telah memaksa pihak surau Al Ikhsan membuat sedikit penambahan struktur surau supaya dapat memberi keselesaan kepada ahli-ahli surau sedikit sebanyak dapat menarik minat orang ramai datang ke sini. Tempat untuk mengambil wudhu’ telah menjadi agenda utama sebelum pembinaan surau ini. Ini disebabkan bilangan pengguna surau yang bertambah dari masa ke semasa. Oleh itu, pihak surau Al Ikhsan telah bersepakat menyediakan tempat mengambil wudhu’ yang lebih bagi memudahkan pengguna mengambil wudhu’ tanpa beratur. 



                             
                                                                                                                       


 
     Semangat kerjasama di antara jemaah bagi mencantikkan surau.
 

               
Gotong-royong membersihkan kawasan surau.
                                           
Orang-orang penting ketika aktiviti gotong-royong.
                                           
                                                                                     Ketika Majlis Khatam Al-Quran.   

                                                    
                                                     Sesi ceramah bersama penceramah undangan.                    

Sesi penyerahan bantuan kepada warga miskin.


MASALAH DAN PENYELESAIAN


Bagi memastikan Surau Al Ikhsan sentiasa dalam keadaan baik, pihak AJK telah menyelesaikan beberapa masalah yang diajukan oleh para penduduk dan jemaah surau ini. Seperti lumrah di dunia ini, tiada yang sempurna daripada awal selagi tidak di baiki dan diselesaikan. Begitu juga di surau ini, terdapat cara dan penyelesain yang dilakukan untuk memastikan kesempurnaan di dalam pelbagai aset.

Masalah 1:
Kebanyakan jemaah yang kerap ke surau ini berasa tidak selesa dengan keadaan semasa surau disebabkan kurang kipas disediakan dan tidak mendapat pengudaraan yang cukup.



Penyelasaian:


Selepas menganalisa masalah dan aduan yang diajukan, pihak surau telah meminta bantuan JAIS(Jabatan Agama Islam Selangor) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Bangi untuk memberi sedikit kewangan dan cadangan yang lain bagi memudahkan jemaah selesa menunaikan solat dan melakukan ibadah lain di sini.


Masalah 2:


Tempat untuk berwudhu’ yang disediakan oleh pihak surau tidak dapat menampung bilangan jemaah yang kian bertambah dari masa ke semasa.



Penyelesaian:


Bagi memudahkan dan memberi keselesaan yang cukup kepada jemaah surau, AJK surau telah membuat satu tabung untuk membina ruangan wudhu’ di bahagian belakang dan tepi surau supaya jemaah lelaki dan perempuan dapat mengambil wudhu’ secara berasingan tanpa beratur dan mengikut giliran. 


PENUTUP

Natijahnya, surau mempunyai pelbagai jenis fungsi pada masa kini berbanding pada zaman Rasulullah S.A.W. Kita seharusnya mengambil pengajaran dan contoh-contoh dari zaman pemerintahan Rasullullah S.A.W hinggalah zaman Abbasiyah bagi menjaga surau kita dengan diselenggara dengan baik. Namun sering kita lupa bahawa surau adalah salah satu rumah Allah yang perlu dijaga seperti menjaga adab dan aurat ketika berada di dalamnya.  Selain itu, kesepakatan dan sikap tolak ansur diantara satu sama lain dapat menjaga nama baik bagi sesuatu surau bahkan dapat mengharumkan lagi nama surau di mata dunia. Akhir kata dari saya, untuk menjadikan surau sebagai suatu tempat perhubungan diantara satu sama lain ialah dengan menghadiri segala aktiviti yang dianjurkan oleh surau dengan niat yang ikhlas dari hati iaitu untuk mendapat keredhaan Allah S.W.T. . InsyaAllah.